PALAPES

       assalamualaikum to u all!!!hope sume brada dlm keadaan sihat sokmo ler..hehehe..entry ak kali sal palapes...penah dgr prkataan PALAPES??ap mksd dye ek??emmm,so if korang xthu tuhh..sile2 lar bace  info nieyy..
PALAPES  adalah singkatan kepada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan setelah ditukar dari nama asalnya iaitu ROTU atau Reserve Officer Training Unit. Pada peringkat awal, PALAPES ditubuhkan bertujuan untuk menampung keperluan pegawai dalam Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD). Namun kini terdapat kecenderungan untuk menjadikan PALAPES sebagai satu sumber tenaga manusia pelbagai perkhidmatan sama ada awam mahupun swasta. PALAPES merupakan penyumbang utama kepada dasar pertahanan negara untuk membentuk nisbah tiga pegawai Angkatan Simpanan bagi setiap satu pegawai Angkatan Tetap (3:1).

Objektif PALAPES...

Objektif  PALAPES ini  adalah untuk membentuk peradaban,kualiti kepimpinan dan pengetahuan asas ketenteraan untuk menghasilkan pegawai muda yang berketerampilan dan berwawasan. Bagi memastikan tercapainya objektif latihan PALAPES secara lebih dinamik dan efektif, beberapa aspek khusus telah dirumuskan untuk dijadikan objektif pendukung seperti  pengetahuan ketenteraan yakni memberi pengetahuan asas ketenteraan yang diperlukan oleh setiap pegawai muda bagi meninggikan dan meningkatkan taraf profesionalisme sebagai seorang pegawai di dalam ATM yang menjawat Ketua Platun Infantri atau setaraf;               Kemahiran ketenteraan yakni memberikan kemahiran asas ketenteraan yang akan diutamakan kepada aspek pengendalian senjata individu dan teknik-teknik asas taktik;  kepimpinan yakni menanam dan memupuk semangat ketenteraan yang jitu dengan menitikberatkan kepada daya kepimpinan, kewibawaan,berdisiplin tinggi, tekun dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada organisasi yang dianggotai; dan akhitr sekali  Ketahanan Fizikal. Mempunyai ketahanan fizikal dan mental yang mantap serta memupuk semangat keyakinan diri tinggi, cergas dan segak sejajar sebagai tentera yang terlatih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan